Wednesday 1 June 2011

Kebanggan Negara

Bangga rasanye bila mengetahui seorang ihsan dari Malaysia telah menjadi Pensyarah di Universiti terkemuka dunia, iaitu Oxford Universiti.Dia adalah Prof Dr Muhammad Afifi Al-Akiti. Beliau adalah Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford.Bukan calang2 universiti tu.

Tahniah kepada Dr Afifi diatas pencapaian beliau mengharumkan nama negara di mata dunia disamping menjadi pendorong kepada anak2 Melayu untuk berjaya pada masa akan datang.

Fakta Oxford :

Universiti Oxford yang terletak di bandar raya Oxford, England ialah universiti yg tertua di dunia. Universiti ini asalnya bermula pada sekurang-kurang akhir abad ke-11 walaupun tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Pentarikhan ini menyebabkan tempoh kewujudannya sama sahaja dengan Akademi Plato (400 an SM hingga 500 an masihi). Menurut lagenda selepas berlaku satu rusuhan antara pelajar-pelajar dengan orang-orang bandar tercetus pada tahun 1209, sesetengah pensyarah dari University of Oxford melarikan diri ke bandar Cambridge di arah timur laut dan mengasaskan Universiti Cambridge.Sejak masa itu, kedua-dua universiti ini telah mempunyai sejarah persaingan yang lama antara satu sama lain, dan merupakan universiti-universiti yang paling susah masuk di United Kingdom.

Sumber :  kritis-online.com