Monday, 30 May 2011

TEPaTI RamaLAN : SALma PrOTEGE Erra FAZIRa DIumUM JuaRA MentOR 5

 Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Umur : 21 tahun
   Asal : Tawau, Sabah
  Mentor : Erra Fazira

Salma mengekalkan rentak bergaya setelah diumumkan sebagai Juara Mentor 5 dengan mengenepikan pencabar yg lain Shiha dan Iqa. Juri awam dan juga juri profesional telah sebulat suara memilih Salma sebagai pemenang Juara Mentor 5 bagi tahun 2011. Konsistensi dan kemantapan vokal beliau melayakkan beliau menjadi Juara Mentor 5 dengan markah 85%, jauh meninggalkan Shiha dengan 63% dan Iqa dengan 56%.


Tidak mudah bagi Salma sebelum bergelar juara. Beliau sepatutnye disingkirkan pada konsert separuh akhir kerana mendapat undian rendah. Jika bukan kerana keputusan TV3 untuk menjadikan persaingan akhir ini adalah persaingan 3 penjuru, Salma memang tidak akan berpeluang langsung untuk beraksi di pentas Finale Mentor 5.

Namun, kemantapan vokal dan persembahan beliau pada saingan akhir ini telah melayakkan beliau untuk bergelar Juara Mentor 5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Diharap Mentor 5 ini bukanlah penghujung perjalanan sebaliknya permulaan karier kepada ketiga-tiga peserta Salma, Shiha dan Iqa dalam bidang seni serta menjadi pelapis anak seni negara pada masa akan datang. Insyaallah.

Lagu Baru Salma : Aku Permata
Komposer : Taja ( Meet Uncle Hussain )         

Lirik lagu Aku Permata – Salma Mentor 5

   Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
      Hati merintih terkunci mulut membisu
       Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
       Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan
      Di sudut kecil hatiku sering berkata
      Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
     Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
  Demi hari esok ku relakan
   Walau tiada tangan menghulur
     Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
  Tuhan, hanya engkau mengerti
  Perjalanan hidup seorang insan
   Kini ku jauh memetik bintang di langit
    Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
 Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar