Monday 1 August 2011

PendeKAR MuLA BerPEnCAK


As Salam,
Hampir sebulan rasanye Pendekar tidak meng"update" blog ni. 
Alhamdulillah hari ini atas semangat Ramadhan Pendekar akan mula menulis semula.
Keadaan Pendekar telah stabil sepenuhnya. 
Semuanye kembali sedia kala setelah Pendekar berehat lama.
Insyaallah Pendekar akan menjenguk blog2 rakan2 yg dah lama tak di jejak. 
I'm back..
So 
Tunggulah kehadiran Pendekar yg akan menerjah blog2 rakan2 yg sering dirindu.
Owh.. Hampir terlupa pulak utk mengucapakan Selamat Berpuasa kepada rakan2 yg beragama Islam di seluruh pelusuk dunia.
Pose jgn tak pose...
ok. Jumpa di lain ruangan.
As Salam.. Adios.. Amigos..

RAMADHAN AL-MUBARAK


Friday 8 July 2011

Kita Merancang Allah Yg Menentukan

 Gambar Hiasan : Kesayangan Pendekar
As salam,

Rindu nak ronda2 blog kwan2. Tp apakan daya tak berapa terdaya berjalan2 dlm beberapa hari ni. Semalam Pendekar dilanggar org. senang kata eksiden ler. Ni pun cuba kuatkan tangan ni utk menaip. Alhamdulillah tak berapa teruk kecederaannya. Tp kesakitan di seluruh tubuh badan masih lagi terasa. Rasa nak demam pun ada ni.

Apa2 pun Pendekar harap badan dan luka2 ni cepat2lah sembuh. Ketidakupayaan ni menyebabkan Pendekar terpaksa berehat seketika. Doakan Pendekar cepat sembuh ekk.

Jumpa lagi ekk kawan2.

*walaupun x larat, tapi x lupa semua kwn blog.

Wednesday 6 July 2011

Kalau Tuhan Dikenali

As Salam.. Malam ni sayu je rasa hati ni. Aku pun tak tahu kenapa. Adakah aku rindu pd seseorang? Mungkin aku rasa letih kot. Badan pun tak berapa sedap. Batuk2 dan selsema ni. Tp badan tak rasa demam. Adik aku ada bagi ubat suh aku makan (Sayang gak dia kat abg dia sorang ni). Sat lagi aku mkn konpem terus zzzzzzzzzz. Ubat batuk yg adik aku bg ni kuat gak. Tu aku tak mkn lagi. Pas buat entry ni aku gi mkn ubat dan terus rehat. Maaf lah hari ni tak dpt ronda2 ke blog kawan2 ekkk. Serius tak berapa larat. Ni aku nak bagi korang dgr satu lagu sebelum aku gerak. Hayatilah ekk. Aku pun dr tadi duk dgr lagu ni je. Lagu nasyid beb.. Lagu ni dah lama dah. Kalau tak silap zaman2 Al Arqam dulu dah ada. Nyanyian kumpulan Mawaddah. Sekali sekala layan besh gak. ok. Layanzzzzz....

Video drpd Youtube


Kalau Tuhan Dikenali 

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

“ Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez “










Memandangkan B.L.O.G  S.H.A.R.I.F.D.E.Z. dah senaraikan aku dalam top 20 blog terbaik aku pun tanpa segan silu utk mempromosikan blog beliau.

Ini pertama kali aku promosikan blog org. Aku pun masih mentah dan baru. Duk berkeliaran mencari teman utk memberi tunjuk ajar.










So apa lagi kwn.. Rajin2 kan lah diri utk menyinggah ke B.L.O.G  S.H.A.R.I.F.D.E.Z. yg aku rasa ok dan rajin mencari idea utk membangunkan dunia blog antara sesama blogger dan membantu rakan2 dr masa ke masa. Ok. 


Tuesday 5 July 2011

Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu

As Salam,

Rasanye belum terlambat lg untuk aku ucapkan tahniah kpd penyanyi Tomok dan Ayu diatas perkahwinan mereka. Diorang ni memang sama cantik dan sama padan. Adakah korang dah tgk video Save The Date dr Tomok dan Ayu di Youtube? Besh gak video ni hasil pembuatan CST Production. Kalau lum tgk apa lagi layanzz lah..

Pandai gak Ayu ni berlakon ekk.. Senyuman manis Ayu tu yg membuatkan Tomok cair kot.. Heheheeh.. Ni aku nak tunjukkan Kad kawin Tomok dan Ayu. Actually aku panggil Ayu ni Kak Ayu. Dia ni member kamcing akak aku dr sekolah lagi. Lebih kurang 2 minggu sebelum kawin Kak Ayu ada dtg singgah umah jap hantar kad kawin dekat akak aku n family aku. Masa dia dtg sempat dia sound kitorang jgn cuba2 ambil gambar curi. Dia mcm tahu je niat aku.. heheheeh. Aku memang tabiklah sama Kak Ayu ni. Dia memang baik dan low profile. Bertuahlah tomok dapat dia..
Ada 4 Warna Kad Jemputan

Inilah Kad Jemputan Yg family aku dapat..Purple tu..

Dalam kad tu ada not muzik dan senikata lagu Bidadari. Rasanya Tomok tujukan lagu tu utk Kak Ayu. Hehehe

Tanggal 1 Julai 2011 merupakan hari bersejarah bagi Tomok dan Kak Ayu  kerana pada tarikh keramat ni mereka telah sah dinikahkan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat AU2. Majlis resepsi sebelah perempuan juga diadakan esok hari di dewan yang sama. Semoga Jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Jom layanzz gambar perkahwinan Tomok dan Kak Ayu.. Zassss....
Dengan sekali lafaz Tomok telah sah bergelar suami
Segak dan Ayu

Pada majlis tersebut Kak Ayu yang juga pramugari MAS menerima mas kawin RM300 bersama 9 dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11 dari pihak lelaki.

Kagum dgn kecantikan pelamin ni

Siap ada kump gamelan tu dekat tepi pelamin

Keadaan dlm dewan makan berhampiran pelamin
 

Gambar Photo shoot1 menghiasi kiri kanan jln semasa masuk ke dewan

Gambar Photo Shoot2

Gambar Photo Shoot3 


Setiap jemputan diberi Mug sbg tanda kenang-kenangan


Sedikit video semasa majlis persandingan

 
Selepas ini mereka akan melangsungkan 2 lagi resepsi perkahwinan mereka iaitu majlis bersama rakan media di Saloma Bistro, KL pd 6 Julai 2011 dan majlis di sebelah pihak lelaki di rumah family Tomok di Alam Damai, Cheras pd 9 Julai 2011.

* Maaf Kualiti gambar dan video kurang memuaskan sbb guna hp Nokia 5800 Xpress Music je.

Monday 4 July 2011

Lawak 18SX (Utk Yg Dah Cukup Umur Je)

Cerita Malam Pertama
Sekadar Gambar Hiasan

Pasangan muda yang sama-sama masih dara dan teruna akhirnya menikah.
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mahu mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan.
Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya, “papa, apa yang harus saya lakukan?”
“Telanjang dan naik ke tempat tidur,” jawab ayahnya.
Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
Si pengantin perempuan kaget setengah mati melihat kelakuan suaminya, dia kemudian bertanya kepada ibunya.
“Telanjang dan ikuti suamimu,” saran ibunya.
Setelah berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki keluar kamar dan bertanya lagi kepada ayahnya, “apa lagi yang harus saya lakukan?”
Sambil menggeleng ayahnya menjawab, “lihatlah tubuh telanjang isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing.”
Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya.“Apa yang harus saya lakukan?”Ibunya balik bertanya, “apa yang sedang dilakukan suamimu?”
Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata, “dia sedang membenamkan kepalanya ke dalam toilet.”

Perempuan Orang Asli
Sekadar Gambar Hiasan

Hujan turun renyai-renyai ketika satu operasi membanteras komunis oleh askar melayu di pinggir hutan belantara.Sepasukan tentera ketika sedang meronda di sebatang anak sungai berdekatan dengan sebuah kampung orang asli, terdengar ada orang sedang mandi.Mereka terfikir mungkin ada komunis yang sedang mandi. Sambil bergerak, askar-askar itu mengintai-ngintai di celah-celah daun kayu.Terkejut mereka kerana ternampak seorang perempuan orang asli sedang mandi dalam keadaan yang memberahikan. Kerana sudah dua bulan berada dalam hutan, perempuan orang asli pun pada pandangan askar-askar itu nampak mengalahkan ratu cantik.Ketika semakin dekat askar-askar itu ke arah perempuan orang asli, terperanjat bukan kepalang perempuan orang asli itu apabila ternampak kelibat askar-askar itu, sedang memerhatikan dia mandi bogel tanpa mata berkelip.Dengan pantas perempuan orang asli itu mencapai kain basahan yang dibawanya lalu menutup mukanya dengan keadaan diri menjadi kaku.Bila semakim dekat askar-askar yang macam harimau lapar lantas bertanya pada perempuan orang asli itu, "kenapa kamu tutup muka, tak tutup seluruh badan kamu?"Perempuan orang asli jawab, "barang itu semua serupa, tapi muka lain-lain."

Tersalah Rendam
Sekadar Gambar Hiasan 

 Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa dengan bapa saudaranya yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

"Pak Cu, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti," tanya Zally.

"Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti," terang Pak Cu buka mukadimah.

"Bagaimanakah caranya Pak Cu?"

"Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelamin kamu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."

"Bagaimana caranya Pak Cu?," tanya Zally lagi.

"Kamu mesti merendam alat kelamin kamu dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertama kamu."

Zally balik ke rumah dan melakukan apa yang diajar oleh
 unclenya pada setiap malam.

Pada malam pertama,
 unclenya juga berada di rumah . Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Pak Cu mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada Zally.

Zally keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Pak Cu kelihatan hairan lalu bertanya kepada Zally.

"Kenapa cepat sangat?," tanya Pak Cu.

"Saya punya memang panjang Pak Cu, tapi kenapa hanya sebesar pensil saja?"

"Adakah kamu ikut petua yang Pak Cu ajarkan?"

"Sudah Pak Cu. Tiap-tiap malam saya merendam 'anu' saya dalam segelas air teh."

"Teh apa yang kamu gunakan?"

"Mustika Ratu - Slimming Tea."
 

Saturday 2 July 2011

Mitos : Makhluk Halus Yang Popular Di Filipina

Makhluk halus ni merupakan makhluk yg tidak berjasad spt manusia.Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif . Kewujudan makhluk halus boleh dikesan dalam cerita-cerita dongeng, kitab agama, dan cerita-cerita lisan.. Meskipun demikian, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga. 

Dalam masyarakat Melayu juga terdapat beberapa makhluk halus yg popular dan selalu dibincangkan dikalangan masyarakat. Diantaranya ialah Polong, Pocong, Toyol, Pontianak, Penanggal, Pelesit, Bunian, Jembalang dan yg sewaktu dengan nya. 

Di negara Filipina juga terdapat beberapa makhluk halus yg popular. Jom terjah makhluk2 tersebut :

Aswang
Makhluk Aswang ni bila siang mcm org tp bila menjelang mlm makhluk ni boleh bertukar2 menjadi anjing, kelawar, kucing, ular atau apa saja menikut kehendak dia. Kerja dia suka masuk rumah pengebumian dan curik mayat2 baru. Dia ni juga suka masuk rumah org dan hisap darah guna taktik kotor. Aswang ni paling Paberet janin manusia. Org dulu2 siap berkawal depan rumah pompuan ngandung sbb takut dia dtg buat kacau. Kan haru dibuatnye..

Kapre
Makhluk ni berbulu, mata bersinar-sinar dan yg paling pelik dia hisap curut yg tak berasap. Biasanya dia duk atas pokok nunggu ari mlm. Kerja dia kaco budak2 yg tak reti2 balik umah mlm2 buta. Elok gak camtu kan kurang sikit budaya lepak. Dia ni kira tak lah bahaya sbb dia just suka nyakat budak2 je..

Sigbin
Sigbin ni dikatakan gabungan kambing yg takde tanduk ngan gagak. Kepala dia tergantung antara kaki depan yg lebih pendek dr belakang. Ngeri sikit sbb dia jln ngundur. Ekor dia busuk mangaiii. Pastu kaki dia mcm belalang sbb nak lompat jauh2. Bila ari mlm dia kuar utk makan budak. Tp yg pelik hati bebudak tu dia simpan wat tangkal. Fuhhh....

Tiyanak
Tiyanak ni mengumpan mangsa dengan suara. Mangsa akan dengar suara tangisan budak dr dlm hutan. Kemudian mesti mangsa akan cuba cari dr mana datang suara tu dan terus diheret masuk ke dlm hutan dgn niat utk menyelamatkan budak tu. Bila mangsa dah sesat barat Tiyanak ini akan bertukar menjadi raksasa besar dan bergigi tajam. Kemudian apa lagi innallillah lah mangsa tu dimakan Tiyanak. Lepas selesai mision dia Tiyanak akan kembali menjadi budak semula dan tunggu mangsa seterusnya..

*Baca boleh, percaya jangan...