Thursday 2 June 2011

Langit Biru

 
Pernah dengar tak lagu ni? Sedap gak lagu ni. Lagu ni dah lama. Kalau tak silap aku dikeluarkan 4 tahun yg lepas nyanyian Mawi juara Akademi Fantasia ke-3. 

Heheheheeheheheheeh...

Sebenarnye bukan perkara ni yg aku nak khabarkan hari ni. Lagu Mawi tu selingan je. Sebenarnye fokus aku lebih kepada tajuk lagu tu "Langit Biru". Baru2 ni aku ronda2 kat Pusat Beli Belah Wangsa Walk. Dekat sebulan gak aku tak menapak ke situ. Agak terkejut gak aku dengan kewujudan sebuah medan selera baru di situ. Elok gak sbb sebelum ni susah nak cari makanan disana. Pusing2 layan Ayam Penyet, Popeye, Secret Recipe, Subway dll. Paham2lah harganye kalau sekali makan. Lebih2 aku yg memang kaya ni.hehehehehe...

Memang terbaiklah dengan kewujudan Medan selera tu. Yang menariknya syiling medan selera tu. Direka khas dengan corak biru laut. Bila lepak kat situ pasti akan merasa tenang bila mata kita duk pandang ke atas. Aku mula2 masuk pun terpegun ngan dekorasi tersebut.

So, jika datang bershopping ke Komples Beli Belah Wangsa Walk jgn lupalah utk singgah ke Medan Seleranya yg cantik serta menyajikan pelbagai makanan dan minuman yg enak2 belaka. Tapi yg penting aku memang suka warna dan rekaan syiling medan selera tersebut yg aku gelarkan "Langit Biru"....