Saturday, 4 June 2011

Transformasi PAS

                PAS 
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
SUDAH BERTUKAR
MEMBANGUN BERSAMA DAP & PKR
PARTI KEBAJIKAN
Apa cite keputusan pemilihan jawatankuasa PAS pusat? Sudah tukar ka? Parti yg sering dikaitkan dgn perjuangan Islam kini telah beralih arah. Hj Hadi menyatakan 'kabinet' campuran parti itu kini menjadikan parti itu lebih bersedia utk berhadapan dgn cabaran yg lebih besar pada masa akan datang. Semua itu penting utk perubahan PAS. Ditambah lagi Hj Hadi ada menyatakan tiada lagi perjuangan menegakkan negara Islam oleh PAS dan hanya ada negara kebajikan. Huhuhuhuhu. Kebajikanlah sangat.

Daripada senarai 23 kepimpinan baru PAS bagi sesi 2011/2013, hanya 8 daripadanya adalah dari kalangan golongan ulama. Pemilihan kali ini juga dapat memperlihatkan kumpulan Erdogan yg pro Anwar diisytiharkan sepenuhnya menguasai PAS selepas jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden dimenangi Mat Sabu (percubaan kali ke-2) dan 3 Naib Presiden dimenangi Husam, Salahudin Ayub, dan Mahfuz Omar. Cuma Hj Hadi seorang lagi pro ulama yg nasibnya baik menang tanpa bertanding. Kalau ada pertandingan tak tahulah apa jadi.

Ini merupakan sejarah kerana sejak era penubuhan PAS golongan ulama tidak pernah tewas teruk dgn golongan profesional. PAS kini sudah menjadi caca marba dalam episod pemilihan kali ini.