Sunday 29 May 2011

Kahwin

Tahun ni adalah tahun terakhir aku berada dalam era 20 an. Sampai sekarang aku still masih bujang. Tp perlu diingatkan aku telah bertunang pada awal tahun 2011 dulu. Pilihan hati ku ialah seorang gadis sebaya usiaku. Maria namanye.
Masalah sekarang sehingga kini aku masih belum bersedia utk mendirikan rumah tangga akibat kekangan kewangan dan persekitaran. Bukan aku sengaja utk menangguhkan perkahwinan ku. Aku tgh berusaha. Harap si dia paham akan masalah ku. Semua ini demi masa depan dia. Selain itu, budaya dlm perkahwinan itu menjadi punca perkahwinan lambat. Budaya yg berakar umbi ni menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Pada pendapat aku :


  1. malis perkahwinan perlu dilangsungkan secara bersederhana. Tujuan utama majlis kahwin tu utk menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan. Jadi. makanan sahajalah yg perlu diambil kira. Tak perlulah nak berhabis utk perkara2 yg tidak mendatangkan hasil. Sbg contoh pelamin. Pelamin biasa2 pun sekarang ni dekat RM1500. Itu baru pelamin belum lagi hiasan itu, hiasan ini....urghhhhhh
  2. "Harga (hantaran)" bukan diukur dari tahap education tetapi melalui pengetahuan agama seperti yg disarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari India yang datang ke Malaysia, bertahun dulu.  Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikkan menda yang tidak masuk akal nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
  3. Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Yang terbaik, majlis perkahwin hanya dilangsungkan di masjid dan kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemaah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di fokus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan. Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak bersinar?
.....Dan biasanye lelaki yg akan menanggung semua beban ini...Huhhhhhhhhh....Ya Allah, bantulah hambamu ini utk menuju ke gerbang perkahwinan. Jauhilah dari beban dan kesusahan yang melanda. Amin....