Monday, 6 June 2011

Adakah Dia jodohku?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha esa. Tp bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

1/1/11 adalah tarikh keramat pertunangan ku dgn si dia. Aku mengharapkan dia akan jadi wanita pertama dan terakhir dlm hidupku selain ibuku dan adik2 perempuanku. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. 

Muda mudi zaman sekarang terlalu terikut2 dgn trend bercouple sehingga melupakan  had-had mereka sebagai orang Islam yang mementingkan pergaulan sesama muhrim ataupun tidak. Kita sebagai manusia telah ditentukan jodoh oleh Allah S.W.T. Tetapi terdapat 3 jenis jodoh iaitu :-

1) Jodoh dari syaitan...Apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari syaitan ini? Seseorang laki menemui seorang pompuan, mereka berpegangan tangan dan terus melakukan maksiat sehingga pompuan tersebut mengandung barulah mereka berkahwin. Harap di jauhkan.

2) Jodoh dari jin...Apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari jin ini? Seorang laki menemui seorang pompuan dan menyukainya tetapi pompuan tersebut tidak suka kepada laki tersebut. Maka laki tadi telah memohon pertolongan dr bomoh yg  menggunakan jin sbg perantara utk menjadikan perempuan tersebut menyukainya dan kemudian mereka berkahwin. 

3) Jodoh dari Allah S.W.T...Apa yang dimaksudkan dengan jodoh dari Allah S.W.T ini? Seorang laki berpandangan mata dengan seorang pompuan dan laki tersebut berhasrat untuk meminang pompuan tersebut. Seterusnya pompuan tersebut menerima pinangan laki tersebut dan kemudian mereka berkahwin. Jodoh ini adalah jodoh yang seharusnya diteliti oleh remaja pada zaman sekarang.

Waspadalah terhadap jodoh 1 dan 2 kerana ia pasti akan mendatangkan kemudaratan pada diri anda. Jadikanlah jodoh ke-3 sbg pilihan bagi menuju keredhaan Allah SWT dan yg pasti jodoh itu akan berpanjangan dan diberkati Allah SWT. Insyaallah.. Amin.. 

13 comments:

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

aku masih menanti jodohku bergolek seiring dengan detikan masa yang kian dipercepatkan

bippi said...

mudah2an mendapat jodoh dari Allah...Amin

Cambest said...

I like your post

rafina mimi abdullah said...

kebanyakan muda mudi sekarang ni bercinta ikut nafsu yg melampau-lampau..

dak eina said...

jodoh itu rahsia Allah..

Hairil Rizal said...

InsyaAllah..yakin pada takdir yg Esa :)

Judh said...

ya Allah mntak di jauhkan jdoh 1 n 2

PenDekAr LauT said...

Aku mengharap sinar kebahagiaan...

Inspirationalefeks : Insyaallah jodohmu pasti datang.

Bippi : Amin

Cambest : Tq

Mrs. Yie : Cinta berlandaskan nafsu tu yg bahaya. Takut terjerumus ke lembah maksiat.

Dak eina : Allah Maha Mengetahui segala yg tersurat dan tersirat.

Abg Hai : Doakanlah bangah kawin cepat.

Dududu : Somoga kita bersama dijauhkan drpd jodoh 1 dan 2

Tq very much all.

ammboi said...

ajal, maut, jodoh dan pertemuan tu ditangan tuhan. apa yg penting ken usaha la baru berserah kan..

PenDekAr LauT said...

ammboi : Tepat sekali. Usah dan berserah adalah langkah terbaik...

sitinaminah02 said...

bertunang dah, bila nak kenduri?? hehe

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

kita rancanglah dgn cara yg betul ... semoga mendapat jodoh dari Allah (sebenarnya keyrill ni kristian, so kena biasakan diri bergaul dgn rakan2 blogger yg beragama Islam, harap faham ek)

PenDekAr LauT said...

keyrill, itu yg terbaik. Kita duduk dlm satu negara, serumpun hanya berlainan agama. Tetapi masih saling memahami dan saling percaya mempercayai. Itu adalah kunci bagi mewujudkan rasa bebas n kesejahteraan antara kita.