Rasanye belum terlambat lg untuk aku ucapkan tahniah kpd penyanyi Tomok dan Ayu diatas perkahwinan mereka. Diorang ni memang sama cantik dan sama padan. Adakah korang dah tgk video Save The Date dr Tomok dan Ayu di Youtube? Besh gak video ni hasil pembuatan CST Production. Kalau lum tgk apa lagi layanzz lah..
Pandai gak Ayu ni berlakon ekk.. Senyuman manis Ayu tu yg membuatkan Tomok cair kot.. Heheheeh.. Ni aku nak tunjukkan Kad kawin Tomok dan Ayu. Actually aku panggil Ayu ni Kak Ayu. Dia ni member kamcing akak aku dr sekolah lagi. Lebih kurang 2 minggu sebelum kawin Kak Ayu ada dtg singgah umah jap hantar kad kawin dekat akak aku n family aku. Masa dia dtg sempat dia sound kitorang jgn cuba2 ambil gambar curi. Dia mcm tahu je niat aku.. heheheeh. Aku memang tabiklah sama Kak Ayu ni. Dia memang baik dan low profile. Bertuahlah tomok dapat dia..
Ada 4 Warna Kad Jemputan
Inilah Kad Jemputan Yg family aku dapat..Purple tu..
Dalam kad tu ada not muzik dan senikata lagu Bidadari. Rasanya Tomok tujukan lagu tu utk Kak Ayu. Hehehe
Tanggal 1 Julai 2011 merupakan hari bersejarah bagi Tomok dan Kak Ayu kerana pada tarikh keramat ni mereka telah sah dinikahkan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat AU2. Majlis resepsi sebelah perempuan juga diadakan esok hari di dewan yang sama. Semoga Jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Jom layanzz gambar perkahwinan Tomok dan Kak Ayu.. Zassss....
Dengan sekali lafaz Tomok telah sah bergelar suami
Segak dan Ayu
Pada majlis tersebut Kak Ayu yang juga pramugari MAS menerima mas kawin RM300 bersama 9 dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11 dari pihak lelaki.
Kagum dgn kecantikan pelamin ni
Siap ada kump gamelan tu dekat tepi pelamin
Keadaan dlm dewan makan berhampiran pelamin
Gambar Photo shoot1 menghiasi kiri kanan jln semasa masuk ke dewan
Gambar Photo Shoot2
Selepas ini mereka akan melangsungkan 2 lagi resepsi perkahwinan mereka iaitu majlis bersama rakan media di Saloma Bistro, KL pd 6 Julai 2011 dan majlis di sebelah pihak lelaki di rumah family Tomok di Alam Damai, Cheras pd 9 Julai 2011.
* Maaf Kualiti gambar dan video kurang memuaskan sbb guna hp Nokia 5800 Xpress Music je.
* Maaf Kualiti gambar dan video kurang memuaskan sbb guna hp Nokia 5800 Xpress Music je.
4 comments:
wah photoshoot tu cantik!
Ha'a.. Memang cantik sangat...
cantiknya semua photoshoot tu ye pendekar..
baseball bats, longchamp, nfl jerseys, ghd, jimmy choo shoes, vans shoes, nike air max, lululemon, new balance, ralph lauren, converse outlet, mac cosmetics, valentino shoes, nike huarache, oakley, north face outlet, iphone cases, soccer shoes, asics running shoes, wedding dresses, gucci, bottega veneta, soccer jerseys, chi flat iron, nike air max, hollister, babyliss, louboutin, p90x workout, reebok shoes, instyler, timberland boots, lancel, hollister, ray ban, mcm handbags, nike trainers, mont blanc, giuseppe zanotti, north face outlet, herve leger, celine handbags, insanity workout, ferragamo shoes, beats by dre, abercrombie and fitch, birkin bag, vans, hollister, nike roshe
Post a Comment