Tuesday 5 July 2011

Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu

As Salam,

Rasanye belum terlambat lg untuk aku ucapkan tahniah kpd penyanyi Tomok dan Ayu diatas perkahwinan mereka. Diorang ni memang sama cantik dan sama padan. Adakah korang dah tgk video Save The Date dr Tomok dan Ayu di Youtube? Besh gak video ni hasil pembuatan CST Production. Kalau lum tgk apa lagi layanzz lah..

Pandai gak Ayu ni berlakon ekk.. Senyuman manis Ayu tu yg membuatkan Tomok cair kot.. Heheheeh.. Ni aku nak tunjukkan Kad kawin Tomok dan Ayu. Actually aku panggil Ayu ni Kak Ayu. Dia ni member kamcing akak aku dr sekolah lagi. Lebih kurang 2 minggu sebelum kawin Kak Ayu ada dtg singgah umah jap hantar kad kawin dekat akak aku n family aku. Masa dia dtg sempat dia sound kitorang jgn cuba2 ambil gambar curi. Dia mcm tahu je niat aku.. heheheeh. Aku memang tabiklah sama Kak Ayu ni. Dia memang baik dan low profile. Bertuahlah tomok dapat dia..
Ada 4 Warna Kad Jemputan

Inilah Kad Jemputan Yg family aku dapat..Purple tu..

Dalam kad tu ada not muzik dan senikata lagu Bidadari. Rasanya Tomok tujukan lagu tu utk Kak Ayu. Hehehe

Tanggal 1 Julai 2011 merupakan hari bersejarah bagi Tomok dan Kak Ayu  kerana pada tarikh keramat ni mereka telah sah dinikahkan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat AU2. Majlis resepsi sebelah perempuan juga diadakan esok hari di dewan yang sama. Semoga Jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Jom layanzz gambar perkahwinan Tomok dan Kak Ayu.. Zassss....
Dengan sekali lafaz Tomok telah sah bergelar suami
Segak dan Ayu

Pada majlis tersebut Kak Ayu yang juga pramugari MAS menerima mas kawin RM300 bersama 9 dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11 dari pihak lelaki.

Kagum dgn kecantikan pelamin ni

Siap ada kump gamelan tu dekat tepi pelamin

Keadaan dlm dewan makan berhampiran pelamin
 

Gambar Photo shoot1 menghiasi kiri kanan jln semasa masuk ke dewan

Gambar Photo Shoot2

Gambar Photo Shoot3 


Setiap jemputan diberi Mug sbg tanda kenang-kenangan


Sedikit video semasa majlis persandingan

 
Selepas ini mereka akan melangsungkan 2 lagi resepsi perkahwinan mereka iaitu majlis bersama rakan media di Saloma Bistro, KL pd 6 Julai 2011 dan majlis di sebelah pihak lelaki di rumah family Tomok di Alam Damai, Cheras pd 9 Julai 2011.

* Maaf Kualiti gambar dan video kurang memuaskan sbb guna hp Nokia 5800 Xpress Music je.